motivation
assalamualaikum
setelah penat berusaha , bertawakal so hari ni adalah hari penentu untuk korang tau ke mana arah tuju korang lepas ni. So apa perasaan korang lepas tengok result ?? aku percaya mesti ramai yang rasa tak puas hati , rasa macam aku boleh buat yang lebih baik . ada yang rasa sedih tak kurang jugak rasa happy dengan hasil usaha yang korang bagi selama nie.
quote : S U C C E S S - is not the position where you are standing, but which direction you are going .
bagi korang-korang yang rasa result dia teruk atau result dia kurang memberangsangkan aku nak kongsi satu cerita dengan korang , moga-moga lepas korang baca cerita ni , korang akan rasa lebih tenang . Tapi sebelum tuh aku nak tanya pernah tak korang terdengar tentang kisah seorang lelaki dengan kaktus dan rama-rama ?? kalau tak pernah dengar jom baca , jangan skip-skip tau .
ada seorang lelaki , tentang siapakah lelaki nie aku mintak maaf sangat sebab aku betul-betul tak ingat dia imam apa, yang sering berdoa kepada ilahi dalam doa nya dia
meminta sekuntum bunga yang sangat cantik tetapi Allah memberi dia sebuah
kaktus , kemudian dia berdoa lagi dalam doanya kali ni dia meminta pula seekor rama-rama
tetapi Allah memberi dia seekor binatang yang bernama ulat beluncas , lalu dia asyik tertanya-tanya mengapa lain yang dia minta , lain yang dia perolehi nya . Maka suatu hari dia mendapati kaktus yang diperolehi nya telah bertukar menjadi
sekuntum bunga yang sangat lawa dan ulat beluncas dalam doa keduanya pula bertukar menjadi
seekor rama-rama yang mempunyai pelbagai warna .indah bukan .
agak-agak korang boleh agak tak apa kaitan cerita dekat atas dengan keputusan yang korang peroleh ?? kalau rasa still tak paham , kita pergi dekat conclusion dia .Pengajaran dari cerita dekat atas , walau apa pun keputusan yang korang perolehi hari ini walau seteruk mana pon keputusan tuh , korang kene ingat Allah dah ada perancangan yang lebih baik untuk masa depan korang . so korang tak boleh mengalah sekarang . pandang masa depan korang , carik course-course yang sesuai dengan korang . so pilihan berada dalam tangan korang .
quote : when something bad happens you have three choices , you can either let it define you .let it destroy you or let it strengthen you