if you can't fly then run, if you can't run then walk, if you can't walk then crawl but whatever you do keep moving forwad

Friday, 30 June 2017

spagetti

Assalamualaikum,

kalau tanya aku pasal favorate food aku, mesti aku akan jawab western food. Lepas tu orang akan kelaskan aku as orang yang high dimand sebab suka western food. Actually bukan sebab high demand tau suka western food ni tapi sebab boleh makan kuantiti dia yg sikit tapi mampu kenyang lama. Satu lagi fakta yang menarik aku nk share is bila kau makan western food ni is calorie yang kau ambik tu tak terlalu banyak sesuai untuk orang yang diet. Unless, kau pegi memandai-mandai tambah cheese dalam hidangan kau, memang kau sebenarnya bukan nak diet tapi nak makan sedap. So, before kau nak makan sesuatu tu chek dulu jumlah calorie yang bakal kau ambik. 

topic kali aku nak share resepi spagetti bolognese, aku tau senang je nk masak benda alah ni tapi bukan mudah bagi kawan-kawan kau yang bujang tu lagi-lagi bila tinggal umah sewa dengan yang tak pandai masak. hancus jadinya...

Ramuan yang kau perlukan untuk masak spagetti :

1) Spagetti
2) Minyak Masak/ Olive Oil 

ikut sukalah nak guna yang mana kalau rasa suka nak ikut cara italy so gunakanlah olive oil. Bagus untuk kesihatan okay.

  3) Bawang Besar (potong dadu kecik-kecik)
  4) Daging Cincang
  5) Tomato Puree 
  6) Sos Tomato 
*7) Sausage ( dipotong kecik)
  8) Black Paper
  9) Rosemary Kering (apatah aku tk ingat nama benda alah tu bekas dia ada penutup warna ijau tu)
 10) Garam
 11) Bolognese
*12) Mozarella Cheese 

bagi yang nak gemuk je boleh tambah cheese, kalau kau dalam diet jangan dok gatal letak cheese dalam hidangan kau. Makan penumbuk aku nanti. ouh sebelum terlupa, yang aku tanda (*) means kau tak semestinya guna okay. tak penting pun. 

cara-cara untuk memasak spagetti pulak yang ni senang je, masukkan Spagetti mee tu dalam bekas, isi air dan sedikit minyak supaya mee tu tak melekat. kemudian biarkan sampai mee spagetti tu lembut. Nak tau lembut or tak kene try picit atau gigit spagetti tu okay (dah gigit jangan bawa masuk kan balik mee tu buang je atau mkn je sampai abih). Kalau rasa-rasa dah sesuai untuk makan then boleh angkat and tapiskan spagetti.

cara-cara penyediaan bolognese:

1) Panaskan Minyak, masukkan Daging Cincang dan goreng sampai masak.
2) Setelah daging masak, masukkan Bawang yang dah dipotong dadu dan kacau seketika kemudian masukkan Sausage dan masak sehingga sausage goreng. 
3) Masukkan Tomato Puree suku tin, kemudian masukkan bolognese dan kacau hingga sebati
4) Masukkan Garam, Black Paper, dan Rosemary Kering dan renehkan kuah hingga menggelegak
5) Letakkan sedikit Sos Tomato untuk penambah perisa supaya kuah agak pekat dan masam sedikit dengan rasa tomato. Sekiranya terlalu masam, tambahkan sedikit air bagi menyeimbangkan kembali rasa kuah. 
6) Setelah api dah ditutup, masukkan Mozarella Cheese bagi yang suka pada penambahan cheese. 

so kalau tak suka cheese, dah boleh hidangkan pada keluarga dan kawan-kawan korang. Mudah je kan. Lepas ni, dah boleh buat sendiri dah, tak payah nak ke kedai beli. Tapi kalau rasa leceh tu beli je kedai senang cerita.