langkawi : 2nd trip part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang jugak kiteorang from langkawi . Dah seminggu sebenarnya balik daripada langkawi ni tapi barulah ade kesempatan sekejap nak update blog nie setelah merasakan terlalu lama tak jengok blog sendiri . So here we go , aku nak cerita sikit pasal second trip langkawi .

kali nie aktiviti dia memang berlainan dengan first trip aku , semua yang kiteorang buat memang terikat dengan jadual yang dah diberi . Perjalanan kiteorang ambik masa kira-kira 12 jam jugaklah pukul 8 pagi kiteorang bertolak dari sekolah then pukul 6 macam tuh kiteorang ambik feri then sampai ke sk ewa pukul 7 malam .On the first day, sampai langkawi memang nak mengamuk je rasa dengan cuaca panasnya lagi buatkan darah aku mudah menyirap ,aku rasa seolah-seolah membazir je aku bayar RM250 tup tup kene tido dekat sekolah rendah je . Gampang kan ! tapi serious aku tak tipu semua tuh kenangan manis kiteorang , bile akhirnye kiteorang telah disediakan asrama and segala dalam bilik tuh baru daripada katil sampailah ke sarung-sarung dia .  aktiviti pon tak kurang seronok , enjoy jugaklah aku ke langkawi.

mule-mule tuh memang gua cakap kau , gua tak de tempat nak tido semua katil dah kene ambik . Padahal bilangan katil semua dah dikira ikut bilangan kiteorang tapi aku tak tau macam mane boleh tak cukup . at last ade jugak katil yang kosong cuma aku je yang tak nampak . Tempat yang tinggal cume katil atas bagi aku ok je , tak de lah panas sangat waktu kalau kau duduk katil atas untuk katil jenis double decker.

paling aku tak disangka-sangka bila nak mandi,  bukak-bukak je paip gua cite tak de setitik pon air yang keluar . Nie satu lagi aku dah penat dalam perjalanan yang makan masa sampai 12 jam dah melekit satu badan nak mandi je tak de air , haih tak de rezeki betul, tapi kau jangan ingat aku tak mandi malam tuh , usaha tau carik air untuk mandi jugak .

kalau ikutkan aku nak citekan semua dari awal sampai akhir , tapi kau tengoklah panjang dia berjela-jela . kau pon malas nak bacakan bile tulis panjang-panjang ni . so kau tunggu je lah aku cerita dekat part 2 pulak. rasa-rasa lepas aku dah habis exam baru aku sambung update blog ni.