if you can't fly then run, if you can't run then walk, if you can't walk then crawl but whatever you do keep moving forwad

Tuesday, 22 November 2016

savings

Assalamualaikum


Result oh result, so result dah keluar but again still tak mencapai tahap yang aku letakkan pada diri sendiri. Sokay, nasi dah jadi bubur. What can we do is try harder and never stop studying.  

Bila kau dah masuk usia 20's ni aku rasa makin ramai yang fikir-fikir macam mana nak simpan duit untuk masa depan kau, untuk kegunaan kecemasan kau, untuk kegunaan perbelanjaan kau and macam-macam lagi. Tipulah kalau kau kata alah ada parent lagi so parent boleh tanggung semuanya kecuali kau memang anak yang malas.. (haha, jangan marah ye,) atau parent kau sendiri yang tawarkan untuk tanggung semuanya, tapi aku rasa tak ramai kot yang nak terima. Kalau tidak nak mintak duit pun aku rasa mesti kau fikir seratus kali kan. Either nk mintak atau tak? atau kalau nak mintak agak-agak amount paling sikit kau mintak dekat parent kau ye tak ? so how can you save your money? here aku provide the tips yang aku buat. 

Untuk tips aku yang pertama. First sediakan visi, dalam visi berapa banyak kau perlu simpan. semuanya ni kau kene catit dalam satu kertas. lepas catit tu jangan kau buang pulak kertas tu tapi simpan atau kau lekat dekat mana-mana dalam bilik kau. contoh visi kau:






Lepas kau dah buat visi, untuk tips kedua buat pulak misi kau. Contohnya macam kau baca dekat atas. lepas tu bila kau dah buat visi, misi kau buat kan pulak tabung kau ni untuk tips ketiga. Ha, tabung ni tak kisah la berapa banyak kau nak ada. Kalau kau simpan untuk satu perkara so buatlah satu tabung. Kalau kau simpan untuk beberapa perkara buatlah beberapa tabung. Senangkan. lebih-lebih lagi untuk yang baru masuk belajar tu. Benda ni sangat membantu kau. Tips aku yang keempat, kalau kau rasa susah nak simpan duit, cuba kau amalkan simpan RM1.00 sehari. Masuk sebulan kau dah dapat RM30,00. So by akhir tahun kau dah ada few hundred dalam tabung kau, jadilah kan daripada kau tak simpan langsung. 

Ni untuk yang dah abih belajar especially yang dah start bekerja tu aku suggest kau untuk hidupkan beberapa tabung. Pertama untuk kegunaan kecemasan kau. bukan kau tak boleh simpan dalam bank, tapi aku rasa kebanykkan antara korang ni bila simpan dalam bank pantang bila dah takde duit dalam beg duit konfem nak bawa keluar, dah bawa keluar bukan nak beringat lagi dah selagi ada duit dalam bank selagi tu lah kau akan withdraw duit tu. Sambung, kecemasan ni bukan untuk bila dah takde duit belanja je kau pegi bukak ambik. Aku ketuk kepala kau kang! Kecemasan ni untuk waktu-waktu terdesak contoh situasi kau kene bayar duit hospital swasta or duit pinjaman kau tapi waktu tu gaji kau kene tunda ke bulan depan so ambik sikit duit kecemasan kau ni untuk bayar. Banyak mana kau nak simpan tu meh sini aku ajar. Agak-agak gaji kau banyak simpanlah lebih sikit, kalau gaji kau sikit spend lah RM50 tu untuk kecemasan kau. Benda ni bukannya simpan tiap-tiap hari sebulan sekali je. 

Tabung seterusnya kau buatkan pulak untuk tabungan peribadi kau contohnya kalau kau lelaki kau buatlah tabungan untuk kahwin kau. kau jangan ingat perkahwinan sekarang murah okay, takde 10,000 ke atas jangan harap la kau dapat kahwin lebih-lebih lagi kalau orang yang kau nak kahwin tu mintak kau buat majlis besar-besar. Bayar cameraman, bayar wedding dress, bayar wedding planner, bayar macam-macam lagilah, kejap je 10,000 kau tu lesap macam air terjun. Untuk perempuan pun boleh buat sebab takkan kau nak harapkan duit lelaki tu je seratus peratuskan. Kau pun simpanlah sikit untuk bantu ringankan beban dia. Majlis ni untuk kau jugak. Untuk pertanyaan banyak mana kau nak simpan? simpanan tu  based on gaji yang kau dapat lepas dah tolak segala potongan wajib kau. Kalau dapat kat kau RM500 so simpan lah RM100 untuk tabungan ni. So, dalam tangan kau lepas dah tolak-tolak tabungan kawin kau dengan kecemasan kau, kau still ada 450 ye dak. baki duit ni RM 1 masuk lah dalam tabungan harian kau. duit lebih kau guna untuk makan dan perbelanjaan kau. kalau belum tolak pinjaman pelajaran kau, tolakkan siap-siap. jangan tunggu sampai bunga dah mencanak tinggi baru kau nak reti bayar. Masa tu panic kau pun dah buat gila.

Amaran untuk you guys! please, please, please jangan pegi buat personal loan semata-mata untuk kahwin. Cara ni tak membantu korang tapi menambah beban pada korang. Dah lah kau ada hutang kereta, lepas tu hutang rumah lagi, hutang pelajaran lagi ( bagi yang ambik pinjaman) lepas tu kau pegi pulak buat personal loan. Kalau commitment kau nak bayar semua ni elok takpe kalau tak tempah nama untuk di black listed oleh bank negara ni haya namanya. Lepas kau dah kene black listed kau ingat kau boleh buat pinjaman lagi? lepas nama kau di black listed no more other loan yang kau boleh buat dengan bank. so hati-hati ye guys. perbetulakan aku kalau aku silap.