if you can't fly then run, if you can't run then walk, if you can't walk then crawl but whatever you do keep moving forwad

Friday, 12 December 2014

Kekeliruan mengenai Tingkatan Enam atau Pra-u

Assalamualaikum,

Setibanya bulan December maka tamatlah tittle aku yang bergelar sebagai pelajar form six atau lebih dikenali sebagai pelajar Pra-Universiti. Setahun setengah berada di tingkatan enam pelbagai perkara yang aku dah tempohi sehinggakan aku sendiri tak percaya bagaimana aku boleh bertahan. Bukan aku tak pernah rasa nak putus asa sepanjang berada di tingkatan enam, tapi entahlah setiap kali aku rasa nak berputus asa akan sentiasa ada orang yang memberi motivasi kepada diri ni untuk terus lakukan dan akhirnya aku juga akan terus berusaha supaya diri ni tak terus mengalah dengan dugaan yang datang. Maka, dengan semangat itulah aku tamatkan dunia tingkatan enam. Seusai tingkatan enam atau pra-universiti kini aku sedar ramai adik-adik atau orang dekat luar sana yang tidak tahu perubahan pembelajaran di tingkatan enam ni dan masih menganggap bahawa sistem pembelajaran sama seperti dulu.

first of all aku nak terangkan sistem pembelajaran tingkatan enam kini bukan lagi menggunakan sistem pembelajaran seperti dulu di mana pelajar terpaksa belajar selama 2 tahun dan kemudian akan menduduki ujian sukacita aku nak maklumkan sistem pembelajaran kini menggunakan sistem modular, iaitu sistem yang digunakan seperti di universiti iaitu terdapat semesta. Di dalam pra-u ataupun tingkatan enam ni terdapat tiga semesta dan setiap semesta adalah lebih kurang 5 atau 6 bulan. Pemberatan pembelajaran juga adalah berbeza. Ini adalah disebabkan selain menduduki ujian untuk semesta tersebut pelajar juga diminta untuk melakukan kajian lapangan atau lebih dikenali sebagai kerja khusus. Markah kerja khusus ini juga akan dikira di dalam keputusan STPM pelajar. Bagi, pelajar yang tidak dapat melakukan melakukan kerja kursus sekurangnya-kurangnya akan mendapat keputusan memuaskan dalam keputusan STPM. Ini menunjukkan segala kerja khusus yang dilakukan oleh pelajar akan membantu pelajar untuk mendapat markah sekurangnya-kurangnya lulus dalam STPM.

Selain itu juga, pelajar dibenarkan untuk mengambil ulangan peperiksaan bagi setiap semesta untuk meningkat pointer, hal ini adalah disebabkan pointer yang tinggi akan dapat membantu pelajar mudah memasuki universiti. Hal ini kerana selain mereka terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang mengambil tingkatan enam mereka juga terpaksa bersaing dengan rakan-rakan dari matrikulasi dan a-level serta pelajar-pelajar asasi. Oleh itu, pointer yang tinggi dan result yang baik adalah sangat penting. Namun begitu, bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan ulangan mereka haruslah menyediakan duit bagi membeli nombor pin di BSN. 

aku nak nyatakan dekat sini tingkatan enam tidak jauh beza dengan mereka yang belajar di matrikulasi tetapi bagi mereka yang mengambil matrikulasi sijil mereka tidak boleh digunakan untuk bekerja kecuali dengan menyambung degree manakala bagi mereka yang mengambil tingkatan enam sijil ini sah digunakan untuk mencari pekerjaan. selain itu, tempoh pembelajaran di matrikulasi adalah lebih singkat berbanding tingkatan enam atau boleh menjadi lebih panjang berbanding tingkatan enam ini adalah kerana bagi sesetengah "course" di matrikulasi pelajar terpaksa belajar selama dua tahun manakala tingkatan enam pula pelajar hanya lah mengambil masa selama setahun setengah. Namun, kedua-dua tempat ini pelajar haruslah berusaha dengan gigih kerana pembelajaran kedua-dua tempat ini adalah lebih singkat berbanding pelajar yang mengambil diploma.

Ok rasanya aku dah terangkan semuanya tentang tingkatan enam kepada adik-adik lepasan SPM buatlah pilihan yang bijak dalam pemilihan tempat menyambung pelajaran seterusnya. Sekiranya merasa ragu-ragu dengan pemilihan korang tanyalah kepada senior-senior yang lebih berpengalaman. Ingin aku nyatan juga di sini adik-adik yang ingin menyambung tingkatan enam boleh mendapatkan buku-buku rujukkan yang digunakan dalam sesi pembelajaran dengan senior-senior mereka. Melalui cara ini adik-adik dapat menjimatkan kos dengan hanya membeli buku melalui "negociation".